Stat Counter

Monday, October 23, 2017

Cara Letak Video Instagram di Blogpost - Blogger

Assalamualaikum!

Pernah tak letak video dalam entri? Kalau tak pernah, mesti pernah teringin nak letak kan? Hahah. Dulu kalau aku nak letak video, mesti aku kena download atau upload dulu file tu,. Agak lambat dan renyah. :P. Sekrang ni mudah je weh. Just copy link dekat Instagram dan settle.

Actually Aku baru je belajar letak video dari Instagram aku directly ke blog without upload. Ok ni step.

1. Pergi dekat video IG yang korang nak tu.Nampak tak 3 titik yang aku bulat tu? Korang klik pastu nanti keluar yg next picture.



2. Klik yang ni. yang aku bulatkan tu


3. Pastu keluar link kan?  YAng ni korang copy embedded code.
 Dah settle dah?

4. Dah copy tu, g dekat blogpost korang tengah nak taip tu. Klik HTML (aku bukan reti pon coding2 ni oii)


5. Dah klik HTML tu dia akan keluar macam gambar bawah ni. Jangan risau ok . Next steps.

6. Next step is link yang korang copy dekat Ig tadi boleh lah Paste kat bawah ke mana2 body blogpost korang. Ok sampai sini je k. sebab yang nak center semua, frame video size tu  aku kurang mahir lagi. hahahaha. Tapi dah sampai sini dah cun dah.


Selamat mencuba. KAng kalu fail boleh carik aku. Koat2 la aku boleh tolong. Aku nak design blog header plak ni. heheh. Bye

Parenting : Anak bercakap loghat Kelantan?

Hai. Aku pon tak tahu la apekehal nye rajin aku menulis blog lately. Hahahah. Bosan kot mengadap FB dan Insta.

Ok berbalik kepada tajuk.

Anak aku memang bercakap kelantan. Ye la dah mak bapak dia memang pon pekat nau kelantan nya.

So sekarang ada yang macam argue, anak kau cakap kelantan nanti nak sekolah ok ke nak bercakap dengan kawan kawan yang which is tak tahu cakap kelantan.

Bagi aku, aku sentiasa positif. Tak ada masalah sebenarnya. Sebab anak2 buah aku pun macam tu, kat rumah memang speaking KELANTAN, tapi once jumpa kawan2 dekat sekolah, automatik dia akan cakap bahasa Melayu .

Dan aku meletakkan diri aku sendiri. Well aku ni memang sah sah lahir membesar sekolah bagai kat kelantan, tapi aku tak ada masalah pun nak cakap bahasa Melayu biasa (cakap KL katanya). Boleh je aku Grad dengan jayanya..

Sebab apa? Sebab dunia sekrang dah moden. Maklumat dihujung jari. Segala TV radio internet mudah nak dapat. Anak2 kita layan Upin Ipin, Umar Hana. Didi and Friend semua tu, so dari situ lah mereka belajar how to cakap 'KL' .

Macam mana belajar?

Ok, kalu belajar, aku guna Flash Card. Masa ni tak de la aku nak ajar guna loghat Kelantan, kang kompius pulak dia. Kalau tembikai tu aku cakap la tembikai, tak de la aku nak ajar dia "TIMUN CINA" :P. (cara belajar mengenal ni, nanti aku share lain entry). Lagipun loghat KElantan dengan Bahasa Melayu biasa ni hampir sama, cuma sebutan je lain.

Contoh:-
  1. Makan ~ makey
  2. Apa ~ Gapo
  3. Siapa ~ Sapo
  4. Mana ~Mmano

Ala, lagipun orang-orang negeri lain pun faham la loghat masing masing. Aku faham je loghat perak, penang tu semua. Cuma kalu agak2 yang pekat tu nganga jugak la. Hahahah.


Kesimpulannya, dalam loghat apa juga kita bercakap dengan anak kita, jangan risau k. Sebab anak kita ni bijak, senang je dia nak adapt dengan new environment dan keadaan . Yang patut kita risau, anak kita langsung tak tahu cakap melayu, tapi fasih berbahasa Inggeris.

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA.





Ni video conversation aku dan anak aku :P

Friday, October 20, 2017

Resepi : Spagheti Olio Aglio Mudah


Aglio olio ni dalam bahasa melayu nya -

Aglio : bawang putih
olio : minyak

Spagheti Aglio+olio : spagheti masak bawang putih dan minyak. ha gitew.

So ni resepi mudah aku.

~Bawang putih cincang
~Cili kering hiris halus sb dibu tak guna chili flakes. Pedas #mekbunga ~tumis bwang putih ng chilli then oregano
~masukkan udang sotong sos tiram kiub ayam
~dah agak masak lauk2 masukkan spaggheti
~kacau rata. Tutup api masukkan pink salt. 
~dibu saja letak telur rebus kasi kick kentut 

Tuesday, October 17, 2017

Cara Nak Jadi Stalker



You're a social networking stalker because you're bored with your own existence. Get a life, get a job, forget the past and move on!

Aku buat tajuk tu sebagai keyword senang orang nak sampai kat belog aku. :P

Sebenarnya aku nak cerita tentang stalker.

Stalker ni dalam bahasa mudah adalah individu yang suka nak intip seseorang tu secara rahsia. (ni term ikut fahaman aku la ye)

Pernah kena stalked tak? Of course lah pernah kan? Aku laaaaagii lah pernah . Dulu dalam beberapa tahun lepas, aku perasan ade seketul manusia ni suka stalk aku dan dia bukan stalk je tapi complete dengan tindakan yang tersangat la stupid.

  • Intip aku pastu sebarkan page fb aku kat page bodoh sampai aku dapat call dar entah sape2 asking for sex service. Kepala hangguk dia. Aku tahu ni kerja sape, so aku post kat Fb yg aku nk report polis. Aku ugut je pon, at last dia call mintak maaf. See, beliau bukanla pintar sangat.
  • Pstu ada perempuan kaki stalk. Aku tak sure dia nak stalker aku, kembar aku, or kawan aku. Nampak sangat kot cara dia tu, . Mutual friend dekat 300 ngan aku. At last aku blocked dia.
  • YAng paling takleh blah stalk kat Instagram. IG faham la, double tap je dah jadi LIKE kan.. Dia stalk pastu TERLIKE aku rasa, keluar noti kat fon. Bila aku check xde dah individu itu. Agaknya lepas terLIKE tu terus BLOCK aku. 
Ok dah setel pengalaman aku kena stalk. Now turn aku pulak stalk orang. Well aku BUKAN stalk je, TAPI akan aku hapuskan profile tersebut. Hahah. Jangan cari pasal ye. (ok yg ni agak too much. Well kisah zaman muda kan)

Ada sorang girl ni dia serang aku. Katanya aku dah amik BF dia (which is laki aku sekarang). Aku at first cool je la sebab malas nak layan sangat. Too old too handle this things. Tp bila aku diam dia melampau pulak. Macam-macam dia hamun aku kat wall dia. Well ok, now ACTION. Aku hacked fb dia sehingga hilang jejak. heheh

Ok now aku dah nak stop sebab nak g meeting tender jap. Tak sempat nak bagi tips. MAybe next entry la aku letak tips ye. Muahahaha

Monday, October 16, 2017

Tentang Rezeki - Anak

Sekarang viral tentang pengumuman penyanyi nombor #1 Malaysia Dato siti Nurhaliza hamil 4 bulan. Rasanya ini adalah berita paling menggembirakan buat pengikut beliau. Ini adalah rezeki beliau setelah hampir 11 tahun menanti. Alhamdulillah.

Tentang rezeki.

Apa jua rezeki kita telah ditulis sejak roh ditiup ke dalam jasad. Jodoh, ajal, rezeki semua tu sudah tertulis. Jadi siapalah kita untuk mempertikaikan?

Bercakap tentang rezeki anak.

Aku punya kawan-kawan yang masih lagi menunggu rezeki anak. Dan aku percaya rezeki mereka akan tiba nanti. Cuma kita sebagai sahabat, cuba doakan mereka.

Aku faham perasaan mereka. Ada hampir menunggu 5 tahun untuk dapatkan anak tapi gagal. Itu rezeki mereka untuk berdua duan dgn suami. Masa yang cukup untuk lebih mengenal suami. Itu semua rezeki.

Macam aku, sejenis bunting pelamin, Tak sempat nak honeymoon jalan2 aku dah mabuk2 pregnant. Nak kenal suami pun tak sempat sebab nak kena handle segala sickness. Itu rezeki aku nak dapat anak. Once dah lahir anak, nak kenal anak dan suami at the same time sangat la mencabar. Ye la aku kawin dengan kawan bukan purposely bercinta bagai nak rak. So tak kenal sangat inside macam mana. Bagi aku itu satu cabaran. DAN ITU REZEKI AKU.

Untuk kawan aku yang dah kawin lama masih lagi belum punya rezeki untuk ada anak, mereka punya rezeki untuk kenal suami. SO once dah ada anak nanti mereka tak akan hadap masalah besar la.

Ada kawan aku lepas bersalin dia divorce, Itu pun rezeki jugak. Ada anak sebagai harta. Lepas cerai rezeki bertambah. boleh invest beberapa biji properties. Itu pun rezeki. Rezeki anak.


Kesimpulannya. rezeki ni kita tak boleh nak jangka. Kadang2 rezeki anak, rezeki harta semua tu datang serentak. Itu bonus. Alhamdulillah.

To my friend aku doakan kita semua ni dapat rezeki yang diidamkan. Cepat atau lambat dia akan tiba jugaknanti.

Just wait dengan sabar.



Wednesday, October 11, 2017

Buli atau Ambil Kesempatan

In history the greatest people were the ones that stood strong and tall against a tyrant. We should all stand up for the weak even if we are the only ones because eventually people will realize that you are on the right path and they will join you. Standing up against bullies can be hard to do but you should find the courage inside you and say something.


Agak kanak-kanak sebenarnya keadaan ni, tapi aku kena luah jugak. Hahahah.. Takleh pendam. Biasanya aku tulis kat blog dan save in DRAFT. SO yang ni tengok la masuk DRAFT atau aku PUBLISH. hahah Bagi aku, perasaan yang aku pendam ni, aku takleh simpan, aku kena luah dengan apa jua cara waima taip then delete, tulis kat buku pastu aku koyak balik. So now sebab aku rasa nak taip, aku tulis dalam blog.Samada aku ni golongan yang mudah dibuli atau golongan yang sering mudah diambil kesempatan.

Kenapa tak share je dengan HUSBAND? Hurmm., untunglah kalau dia nak dengar benda remeh temeh macam ni. Hahahaah.

Bagi yang tak kenal aku, pasti akan cakap aku sombong dan garang. Air muka aku kot. Hahaha. Tapi sebenarnya aku seketul manusia yang mudah didekati. Aku pula jenis mudah kasihan. Aku tak boleh tengok orang susah. Terutama sekali dengan perempuan mengandung.(baik nya aku)


Now aku rasa macam dibuli. Eh Ke kena amik kesempatan. Haa macam tu la.

Cut the crap.

Aku sekarang lunch sesorang je. Bukan takde kawan atau kena pulau ke apa, tapi hakikatnya aku ni macam diguna bila perlu SAHAJA. Dulu aku datang keje naik motor je dengan laki aku then lunch pon dekat2 area opis je. Pastu aku kesian ngan kawan aku ni dah muak dengan makanan sini so aku decided bawak kereta sebab senang nak keluar jauh sikit. Aku kesian sebab dia pregnant. Kena makan makanan yang baik. 

Selama pregnant tu aku dan dia keluar makan jauh. Aku tak pernah bawak bekal even aku masak pagi  tu. Sebab? Sebab aku tak nak nanti dia kena keluar makan sorang2. Aku kesian. Kalau aku beli nasi as bekal makan tengah hari pun, aku akan belikan jugak kat dia. Sebab kalau aku tak keluar, dia pon tak keluar dan makan jajan je. Kesian baby itu :)

Ok pendekkan cerita.

Bukan sekali kau suarakan kebimbangan pada cinta.............. eh. tetiba nyanyi lagu Ziana lak. :P

Aku ni kena banyak kali jugak la. Dia bawak bekal, pastu dah dekat waktu lunch baru di gitau dia taknak keluar. Padahal aku sepatutnya keluar mkn ng kawan aku yang lain, tapi aku cancel sebab aku taknak dia sesorang. Even kalau husband ajak pun aku refuse sebab mcm aku cakap tadi aku taknak dia sendiri. Ok 1-0.

Cut to short lagi.

Yesterday all my troubles seemed so far away.Now it looks as though they're here to stay.Oh, I believe in yesterday.(The Beatles :P)

Semalam dekat pukul 1 tu aku cakap kedai biasa tu tutup, so kita nak makan mana ni? Nak keluar jauh or makan kat area opis je? Dia cakap " Dia tak nak keluar sebab dah bawak bekal" kau rasa?

Sedih jugak sebenarnya aku rasa. Ye la selama ni aku tak nak dia susah , makan sorang sorang ke apa, Aku bawak makanan untuk dia if aku bawak bekal. So semalam aku makan sorang. Aku tak kisah pun sebab aku ok je #foreveralone. Dah biasa.

Aku tak tahu apa aku nak cakap ni sebenarnya. Tapi tu la, aku nak luah je. Hahahah. Aku rasa aku ni semacam diambil kesempatan atau kena buli.







Cara Letak Video Instagram di Blogpost - Blogger

Assalamualaikum! Pernah tak letak video dalam entri? Kalau tak pernah, mesti pernah teringin nak letak kan? Hahah. Dulu kalau aku nak leta...