Stat Counter

Monday, April 8, 2013

#Pelik 1 : Makanan

Hehehe...

Makanan pelik-pelik tahi ayam tahi itik..

haaa tu lagu Jalil Hamid.. tapi kat sini bukan nak cerita about that song. just nak share kepelikan diri sendiri berkenaan makanan.

  1. Saya tak suka epal, tapi saya suka jus epal
  2. Saya tak suka durian tapi saya makan junk food durian flavor
  3. Saya tak makan kangkung masak lemak,tapi saya makan kangkung goreng belacan
  4. Saya tak makan ikan pari, tapi saya makan kuah asam pedas ikan pari (biasnya orang cakap ikan pari tuh macam bau hancing sikit )
  5. Saya tak  makan tomato yang dimasak, tapi saya makan tomato sebiji-sebiji tu
  6. Saya suka makan angin, tapi saya suka jalan-jalan (haha..yang ni dah merapu)
  7. Saya tak suka minum susu dalam cawan, tapi kalu susu dibancuh dalam botol susu saya sangaaaaaaaaaaaaat suka.                    


Oh, by the way aku ni memang golongan pelik kot. Apa-apa pun tak kisah janji makan yang dimakan tu halal dan berkhasiat. Untuk kesihatan perut kitteww yang comel dan super junior ni.. eh, super cute la..                                                                                                                 

Wednesday, April 3, 2013

Typo!!!

Hye!!!!

 Selamat petang they all.. eh bulih guna ke they all ni..heheheh

Tajuk kali ialah typo..

menurut kamus dewan tetangga kampung aku, Typo bermaksud menaip kat dapur. Itu istilah dari kampung aku la. Istilah kampung korang aku tak tahu la..

menurut kengkawan aku, Typo ialah MENGEJA SESUATU PERKATAAN DENGAN CARA EJA YANG SALAH DALAM KEADAAN MENAIP. atau ringkasnya ialah TAIP PERKATAAN TUH SALAH EJA..

well.. as usual lah kan, aku ni memang TYPO yang amat. Tak pernah tak Typo.. kalu tak de Typo maknaya blog aku ni kena hack, dan Pengehack tu dah post entri wakili aku.


aku pun tak tahu la kenapa dan mengapa aku TYPO.. aku dah cuba yang terbaik untuk tak TYPO,.. dan entri ni jua aku masih mencuba untuk tak TYPO..

nak buat macam mana kan, dah memang TypO ni bad habit aku. ala, macam ada orang tuh bad habit gigit kuku.. kiranya aku punya bad habit ialah TYPO..(patut la aku dapat B SPM dulu) aisyyy...

 dalam TYPO tuh, aku ada cita-cita nak tulis novel. tak boleh blah,, kalu la novel aku tuh nk di Publish, kompen kena reject sebab editor malas nak edit.. heheh... takpe la, aku tulis untuk syok sendiri..hahahah..

um, cita-cita nak kurangkan TYPO..yeay!!1

Saya Kenal Sayang Saya # Part 1




Vespa hitam kupecut laju untuk ke ofis. Cilok mencilok sudah sebati dengan diri aku. Ala orang nk bagi hon pun bukan tahu dia maki aku ke apa. yang penting aku sampai ke ofis dengan jayanya.

            Kalau hari biasa, aku ke ofis mengambil masa 30 minit sahaja mengenangkan rumah dan ofis tu hanya sekangkang kera je bagi aku. Tapi bagi orang lain agak jauh juga la nak ke Damansara Perdana nun kalau diri tuh menetap di Seri Kembangan.

            Sedang asyik aku melayan lagu di MP3 yang earphonenya aku sumbat ke telinga, tiba-tiba sebuah skuter yang agak comel menghimpit aku. Argh, ini tak boleh jadi. Aku menambah kelajuan. Maka terjadi la acara kejar mengejar antara vespa dan skuter. Well, seperti biasa, geng-geng vespa memang anti teramat dengan budak skuter. What!!! Hijau??? Ada juga ke makhluk berselera dengan warna hijau.

            Well, nampak macam perempuan je yang menunggang Hingus Hijau tu. Dari gaya kepit kaki tuh sah-sah gaya wanita. Plus pakai sneakers pink. Ya Allah, kenapa la makhluk ni pakai warna kebenciaan aku. Plus himpit motor aku. Memang cari nahas. Aku potong, dia potong balik. Huh, ini dah kes mencabar kewibawaan aku ni. Ok fine aku sahut cabaran. Vrooooom aku tingkatkan kelajuan vespa ku. Dan aku Berjaya. Yes.

            Eh apasal Hingus Hijau tu parking cantik tepi Blacky Black aku a.k.a vespa hitam aku? Nak ajah bertumbuk la tu. Alamak, aku bab bertumbuk ni fail sikit. Bukan salah aku, mak aku yang tak bagi aku masuk taekwando masa kat sekolah dulu. Takut patah riuk katanya. Dan aku anak yang soleh mengikut sahaja tanpa bangkangan. Aduh macam mana nak bertumbuk ni kalau aku ayu pakai baju kurung ni. Kepala yang masih berhelmet aku garu.

            Ok. Relax Nia.!!! Tarik nafas, hembus.

            Disaat aku sedang mencari nafas, penunggang Hingus Hijau turun dari Hingusnya itu. Mak ai, tinggi nya pompuan ni. Makan galah ke apa ni? Ini dah spesis wanita galah ni.

            Pejam mata. Ok aku kelihatan agak pengecut di sini. Masa atas motor punya la gangster aku ni.
           
            ʺ Err cik! Boleh saya tahu VM Engineering kat mana? Saya baru start kerja hari ni,ʺ Tanya Hingus Hijau.

            Aik!! Apasal aku rasa macam garau semacam je pompuan ni. Alamak, entah-entah bapuk. Mak!!!!!!!!! Tolong Nia mak. Bapuk ngurat Nia ni mak.

            ʺErr RH Engineering tuh kalau tak silap saya kat tingkat 3 blok hujung sana tuh, tepi kedai mamak Bismi Curry House naik tangga tepi kedai tuh la,ʺ aku dengan bersungguh-sungguh memberi direction dan tiba-tiba dengan tak sengaja aku berpaling kea rah pemilik suara yang bertanya. Dan……………….

            Eh, apasal aku rasa di awangan ni. Mak!!!! Tolong Nia, Nia tengah terbang ni. Flying without wing ni mak!!! Kenapa la makhluk Hingus Hijau ni kacak?? Mak ai, patutlah tinggi semacam, kusangkakan gadis, rupanya lelaki. Tapi!!!!!!!!!!!!! Kenapa dah tak de warna lain ke kasut nak pakai selain pink tu. Kemeja biru lengan panjang dilipat ke paras siku dah ok. Seluar dari jenis kain khakis warna kelabu pun dah ok. Tiba-tiba kasut nak pink.!!! Sneakers pula tu. Aish. Mangsa fesyen betul.

            ʺ Err cik, kenapa cik tengok saya pelik je? Saya tak pakai baju ke?ʺ soal lelaki Hingus Hijau mencantas aku dari lamunan penilaian terhadap diri beliau.

            ʺOh!! Tak de pape la. Saya tengah berfikir tadi tuh. Saya kalau berfikir memang akan cari subjek untuk diperhati dan berfikir walaupun subjek tak de kena mengena dengan apa yang saya fikir,ʺ aku kalut memberi alasan yang 100% tak logik.




            ʺHai Nia! Lewat hari ni?ʺ tegur Kak Suzie merangkap receptionist tempat aku bekerja KAMI Perunding Sdn Bhd, sebuah firma ukur bahan yang sedang meningkat naik.

            ʺAah kak. Tadi racing dengan skuter hijau yang tiba-tiba je himpit saya. Huh, nasib baik saya menang kan,ʺ aku bercerita sambil tangan lincah mengacau air Milo.

            ʺIsh kamu ni Nia, selalu sangar rempit nya. Bahaya tau bawak moto laju-laju ni. Kalau jatuh, macam mana kamu nak angkat Besi Hitam kamu tuh?ʺ balas Kak Suzie merujuk kepada Blacky Black aku tuh.

            ʺBlacky Black la kak,ʺ aku membetulkan panggilan  buat My Beloved Blacky Black. Ish, susah-susah aku fikir empat hari empat malam nak bagi nama kat Blacky yang atuk aku serahkan buat aku Vespa keluaran Lambretta tahun 1968. Vespa kesayangan atuk telah berjaya menjadi milikku setelah aku membuat sistem barter dengan membeli sebuah skuter Yamaha Ego tahun 2010 untuk atuk. Heheheh, kempunan la cucu atuk yang lain ye. Best man wins.

            ʺerm ok lah kak, saya nak kena siapkan tender document ni kak. Deadline petang ni. Saya nak touch up sikit before hantar kat Cik Liya,ʺ ujarku untuk mematikan perbualan. Sambil itu, beberapa keping biskut menjadi santapan breakfast aku pagi ini.

            Tender document untuk projek Rumah Bunglow artis terkenal yang menelan belanja hampir RM 7 juta perlu disiapkan sebelum tender dibuka untuk kontraktor lusa. Aish, banyak sungguh duit artis ni, nak buat rumah pun siap ade QS consultant bagai. Berilmu jugak artis ni. Tapi baru je jadi artis dah nak buat rumah maha mahal ni. Ni kes anak ikan la kot. Aish, termengumpat pulak aku ni.


            ʺCik Liya, ni tender document rumah Anastasia pelakon tuh dah siap dah. Ni untuk Cik Liya check balik la. So far, saya dah siapkan semua item and masih tak melebihi budget client,ʺ aku memberi penerangan  buat Cik Liya.

            ʺErm ye la Nia. Ni saya nak bagi awak handle satu lagi new project. Housing project dekat Kelantan. Yang ni pun still traditional contract. Maybe next time saya bagi yang design and built, ʺ ujar Cik Liya.

            Wah!! Kat Kelantan ni. Balik kampung la aku. Yes.. ini berita baik buat mak ku tersayang.

            ʺErm Cik Liya, mana drawingnya? Boleh saya study drawing dulu,ʺ aku bertanya Cik Liya.

            ʺOh, by the way, sekarang ni ada architecture drawing je. Structural is in progress. Ni contact number engineer yang design, nanti awak contact ok. Saya bagi awak 100% handle this project and saya nak awak pilih je junior kat Contract Department tuh untuk tolong. Awk guide diorang baik-baik ok,ʺ arah Cik Liya. Dalam kepala aku, memang aku aim si Bad la memandangkan budak tu baru sebulan kerja. Bad, tunggu ye aku bagi kau taking off ye. Tidurlah kau di opis ni seminggu. Huhuh..

Monday, April 1, 2013

Ustazah Mee Segera

Salam u ollsss...

Tajuk entri is Ustazah Mee Segera. u olls memang da clear nampak la kan.. hehheh..

well, saje je aku nak luahkan pendapat fenomena ni.. aku pun tak tahu la kenapa, kalau pakai tudung je mula la nak jadi ustazah. aku tak katatak boleh nk jadi ustazah, tapi biarlah dengan cara yang betul.. 

 cara yang betul disini ialah BELAJAR ilmu betul-betul agar tiada yang dikatakan ajar ilmu sesat..

ok la. senang cerita.. aku nak share sal seorang knalan aku..
 ok dulu belaiu sangat la hebat.. seksi.. seksa semua dia bagi kat dia. kain atas paha, macam-macam fesyen rambut latest semua bagi kat dia. and now alhamdulillah she got hidayah from ALLAh and dia dah berubah menjadi muslimah yang sebenarnya..

di saat dia dikutuk masa mula-mula start tutup aurat, aku lah sentiasa ada untuk bagi dia kekuatan agar jangan terus lemah dengan kritikan orang. dan alhamdulillah, dia tetap dengan hijab nya dan aurat nya terjaga baik..

tapi, lately aku tengok dia dah semacam je.. Post status islamik tuh dah bagus tapi lepas post je nak kutuk orang lain. ya allah.. tak ke nampak buruk nya akhlak anda...

 and bagi aku, kita tak boleh simply nk appoint someone tuh jahil..

now, dia dah sengal nak cakap sal politik. yes,, politik tuh hak kita semua,. dan anda selaku pembawa bendera islam, u supposed to jaga etika.. jangan nak mencarut je tanpa usul periksa.

 bercakap tanpa ilmu macam pokok tanpa akr. bila-bila masa saja boleh tumbang. now dia dah jadi ustazah yang sentiasa cakap yang tuh haram yang ni haram.. 


#ok nk stop dah dengan tiba-tiba sebab rasa sakit hati tengah menaip ni.

#Quotes : 1


10years challenge

Assalamualaikum. Sempena tahun baru 2019, nak tukar gaya penulisan ke arah yang lebih matang. Insya allah. Namun terasa geli pula tanpa...